fb fb fb fb fb

Lepasan institusi MARA, lebih 90 peratus mendapat pekerjaan

(FOTO HIASAN)

PASIR PUTEH, 8 Oktober - Silibus yang menepati citarasa pemain industri menjadi faktor kebolehpasaran graduan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapatkan peluang pekerjaan.

Pengarah MARA Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata situasi tersebut menyaksikan lebih 90 peratus lepasan institusi itu telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.

Beliau berkata berdasarkan jumlah tersebut ia telah melepasi kadar kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.

(Pengarah MARA Kelantan, Fazli Rizal Ismail)

"MARA sentiasa melibatkan pihak industri dengan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan MARA ini. Jadi kita pastikan pelajar lepasan MARA releven dan menepati keperluan industri itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Luar Bandar Negeri Kelantan Peringkat Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising, di sini.

Tambah Fazli, silibus pembelajaran sentiasa dikemaskini setiap dua tahun bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan industri.

Media Baharu