fb fb fb fb fb

Lelaki warga Myanmar maut dalam kebakaran

Bomba sedang memadam api kebakaran di Bukit Bakri, Muar/ Foto Bomba

MUAR, 8 November - Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam kebakaran di Bukit Bakri, Muar, di sini pada pukul 8.28 malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Baharuddin Ab Rahman berkata, kebakaran berlaku di sebuah rumah jenis separuh kekal di Jalan Padang.

"Setibanya di lokasi, mangsa didapati terperangkap di dalam kebakaran, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri, kerana api merebak dengan cepat," katanya menerusi kenyataan pada hari ini.

Seramai 17 anggota BBP Muar dan BBP Pagoh digerakkan ke lokasi, dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 8.50 malam, sebelum menamatkan operasi pukul 10.57 malam.

Tambah beliau, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Trainee