fb fb fb fb fb

Lelaki warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang

Foto Hiasan

GUA MUSANG, 25 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo dalam kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.00 malam itu, Omar Hassan, 85 , yang memandu keretanya sedang dalam perjalanan dari arah Bentong, Pahang menghala ke Gua Musang.

"Mangsa maut disebabkan pendarahan banyak susulan kecederaan di bahagian paru-paru. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat," menurut kenyataan itu.

Beliau berkata kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang di 099121222 atau pegawai penyiasat di talian 013-3010408 bagi membantu siasatan.

TETITIA YUSOFF