KUALA LUMPUR, 25 April - Program Geran Komuniti Kita-untuk-Kita, (K2K) telah memperkasa pelbagai jenis perkhidmatan dan keperluan yang meningkatkan kualiti hidup di kawasan perumahan awam.
Pengarah program K2K, Think City, Dr Shahridan Faiez berkata, sokongan dalam bentuk geran diberikan bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan.
"Di dalam perumahan awam ini terdapat pelbagai bagai jenis orang dan mempunyai pelbagai isu-isu masalah dan cabaran jadi apa yang kita cuba buat di sini melalui forum -forum ini adalah untuk memastikan segala lapisan masyarakat ini, semua suara-suara ini dapat didengar supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi bersama", ujar Shahridan selepas ditemu bual pada Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Shahridan turut menggalakkan kerjasama antara penduduk setempat untuk melibatkan diri dalam program tersebut bagi menangani cabaran kehidupan perumahan awam.