fb fb fb fb fb

Pelajar perlu lengkapkan diri dengan nilai sahsiah yang mantap – Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 bagi peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau.

ARAU, 25 April- Setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan nilai-nilai sahsiah yang mantap agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang gejala yang tidak sihat terutama apabila melangkah keluar dari alam persekolahan kelak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, mereka juga perlu mendapat bimbingan dari ibu bapa dan pihak sekolah bagi menghayati dan mengamalkan ajaran ayat-ayat suci al-Quran agar ia menjadi sebati dalam jiwa masing-masing.

“Beta ingin mengingatkan bahawa anda semua adalah generasi masa depan yang akan menentukan kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. Oleh itu, sematkan azam yang teguh untuk mempersiapkan diri anda menjadi cendekiawan dan teknokrat Islam yang berpandukan al-Quran”, titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan berangkat merasmikan Program Titian Kasih Mega 2024 bagi peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arau yang melibatkan sebanyak 291 orang pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil diiringi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA,Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah MARA Negeri Perlis, Mohd Azam Jamaluddin dan Pengetua MRSM Arau, Mohd Zamzuri Md Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan perasmian penamaan Wisma Pendeta MRSM Arau dengan nama Perpustakaan Syed Sirajuddin Areeb Putra, mengambil sempena nama anakanda bongsu baginda bagi kegunaan warganya.
 
Turut dilaksanakan ialah penyerahan Mock Cek oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA kepada Pengetua MRSM Arau berjumlah RM36,543 untuk tujuan Perolehan Buku Teks 2024.
 

ZEHRA BINTI ZAMBRI