PERAI, 14 Februari- Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an melecur akibat terkena bahang kebakaran di sebuah stor (Kelas A) berkeluasan 100 kaki per segi di Taman Inderawasih.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata kemusnahan kebakaran berkenaan dianggarkan sebanyak 30 peratus.
Menurutnya, laporan kejadian diterima kira-kira pukul 5.26 petang tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi kebakaran.
Mangsa melecur di bahagian tangan dan dibawa ke hospital dengan menaiki van Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bagi rawatan lanjut.