fb fb fb fb fb

Lelaki maut terkena renjatan elektrik dalam kebakaran rumah

Kejadian kebakaran di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut, Sibu

SIBU, 16 Januari- Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran di Jalan Kuok Tiong, Sungai Bidut di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Zon Sibu Andy Alie, mangsa ditemukan terbaring di dalam parit berdekatan dengan lokasi kejadian.

"Mangsa maut dikenal pasti sebagai Ngu Hieng Sie, 57 tahun," katanya

Ketika dihubungi RTM Andy memaklumkan kawasan tersebut masih ada aliran elektrik hasil pemeriksaan dilakukan di lokasi kejadian.

"Pihak bomba menerima laporan kejadian kebakaran itu pada pukul 7.50 malam tadi dengan 13 anggota dan pegawai dari Balai Sungai Merah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati sebuah rumah kediaman binaan tidak kekal telah terbakar 100 peratus," katanya.

Pihaknya juga menghubungi kakitangan dari Syarikat SESCO Bhd (SESCO) untuk memutuskan bekalan elektrik di rumah tersebut.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada pukul 9.28 malam namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI