GEORGETOWN, 5 Mac - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh pembahagi jalan di Kilometer 3.7 Jambatan Pulau Pinang menghala ke arah George Town, tengah malam tadi (Isnin).
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Suhaiman Abdul Jamal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 12.20 tengah malam.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Vios dari arah Perai menghala ke bahagian Pulau", kata Suhaiman yang ditemui RTM di sini.
Katanya operasi mengeluarkan mangsa tersepit di tempat pemandu mengambil masa kira-kira sembilan minit.
Pihak perubatan kemudian mengesahkan mangsa maut di lokasi kejadian.