fb fb fb fb fb

Lelaki maut selepas beli cincin pertunangan

(Foto Polis Trafik Kemaman)

KEMAMAN, 14 Mei- Seorang lelaki maut manakala bakal tunangnya parah selepas terlibat dalam kemalangan, kira-kira pukul 11.00 malam tadi.

Insiden berlaku di Kilometer 105 Jalan Terengganu-Kuantan berhampiran terminal minyak mentah dekat Kerteh, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata mangsa Muhammad Aliff Hafizzudin Samsul, 24 tahun yang berasal dari Kampung Tanjung Bukit Mentok di sini maut di tempat kejadian.

Manakala bakal tunangnya Nuralifah Ilyana Azman, 21 tahun yang berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan lanjut.

"Ketika kejadian kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Wira dari arah Kerteh menghala ke Dungun.

"Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun menghala Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum melepasi pembahagi jalan.

"MPV terbabit kemudiannya memasuki laluan kanan dan keadaan itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa gagal mengelak dan bertembung.

"Impak pertembungan kuat itu, kereta dipandu mangsa remuk dan terbalik.

"Pemandu MPV tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan.

Hanyan Ramlan berkata ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar bakal tunangnya pulang ke Dungun selepas membeli cincin pertunangan mereka di sini.

Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987.


(Foto Polis Trafik Kemaman)

Media Baharu