fb fb fb fb fb

Hanyut ketika berenang, dua remaja lelaki meninggal dunia

SIBU, 14 Mei- Dua remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air ketika berenang di sungai Durin Bazar, Sibu Jumaat lalu, telah ditemukan meninggal dunia.

Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Technologist Andy ak Alie, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dimulakan dengan kaedah pencarian di permukaan air seawal pukul 7.00 pagi tadi, dengan radius pencarian diperluas pada jarak enam kilometer dari lokasi mangsa lemas.

Tambahnya, mayat mangsa pertama ditemui oleh orang awam bersama pasukan SAR pada pukul 7.35 pagi tadi manakala mangsa kedua ditemui pada pukul 8.15 pagi.

Pengecaman dan pengesahan kedua-dua mangsa telah dilakukan oleh ibu bapa mangsa disaksikan pegawai polis.

Mangsa dikenal pasti sebagai Justin Siaw dan Kong Wei Seng.

Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun.

Jumaat lepas, tiga remaja bermandi-manda di sungai sebelum dua daripada mereka dibawa arus dan tenggelam kira-kira 10 meter dari jeti berhampiran.


(Anggota JBPM bertugas membawa naik mayat mangsa yang lemas)

Media Baharu