(Foto BERNAMA)
REMBAU, 14 Mei- Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) diminta membuka satu lagi cawangan untuk berkhidmat kepada veteran tentera.
Ini kerana satu cawangan sedia ada di Kota Bharu, perlu menguruskan khidmat veteran tentera di Kelantan dan juga Terengganu.
"Saya ingin veteran berdaftar sentiasa berhubung dengan JHEV menerusi persatuan masing-masing.
"Persatuan yang ada ini akan memastikan hubungan dua hala antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dengan veteran sentiasa terjaga, termasuk daripada segi kebajikan," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, JHEV perlu memainkan peranan dalam menjaga kebajikan veteran tentera dan sentiasa memastikan wujud hubungan dua hala antara veteran tentera dengan MINDEF dan ATM.
(Foto BERNAMA)