(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
MIRI, 17 April- Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun maut selepas terlibat kemalangan jalan raya dan melanggar sebatang pokok di hadapan 59 Food Court Pujut 7, di sini, malam tadi.
Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digegaskan ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.09 tengah malam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nasir Razali berkata, sebaik tiba, anggotanya mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga BLM telah mengalami kemalangan kendiri dan melanggar sebatang pokok dengan didalamnya terdapat seorang mangsa masih berada di dalam kenderaan tersebut.
Jelas beliau, setelah membuat pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan tidak tersepit.
Pihak bomba kemudian mengeluarkan mangsa di bahagian pemandu menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada pukul 12.50 tengah malam.
(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)