fb fb fb fb fb

BSYJM bantu bawa wanita obesiti ke hospital

(Foto BSYJM)

SIK, 17 April- Ambulans milik Pasukan Briged Bomba Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM) terpaksa diubah suai bagi membawa seorang pesakit wanita yang mengalami masalah berat badan ke hospital.

Pesakit berkenaan, Azlin Abdul Hadi, 35 tahun, mempunyai berat badan sekitar 180 kilogram.

Pengarah BSYJM, Mahadzir Abd Hamid berkata sebaik menerima permohonan daripada keluarga Azlin, pihaknya terpaksa membuat keputusan mengosongkan bahagian belakang salah sebuah ambulans milik BSYJM.

Ini kerana, Azlin tidak boleh dibawa dengan ambulans biasa kerana saiz badannya yang terlalu besar dan berat.

"Pengubahsuaian ambulans terpaksa dilakukan bagi membolehkan Azlin yang menghidap masalah saraf, lumpuh dan obesiti dibawa dari rumahnya di Kampung Batu Lapan, Sik, ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk menghadiri janji temu bersama doktor pakar, semalam.

"Bagi mengelak sebarang risiko, Azlin diangkat oleh anggota BSYJM daripada katil terus ke dalam ambulans.

"Selepas bertemu doktor pakar di HSAH, Azlin kemudian ditahan di wad hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

"Ia merupakan kali ketujuh Azlin yang bekerja sebagai Pegawai Veterinar Daerah Baling dibawa menaiki ambulans BSYJM.

"Pihaknya sedia memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan terutama di daerah Sik," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BSYJM)

Media Baharu