fb fb fb fb fb

Lelaki maut dalam nahas kereta dan bas ekspres

FOTO FAIL

JEMPOL, 1 September - Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau, Kamayani di sini pukul 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kereta yang dipandu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas yang dipandu lelaki berumur 48 tahun bersama-sama 23 penumpang dalam perjalanan ke Bahau.

Susulan itu mangsa yang merupakan penumpang kereta itu, 38 tahun disahkan meninggal dunia ditempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

"Pemandu kereta berusia 36 tahun cedera di bahagian kaki dan muka sedang menerima rawatan di Hospital Jempol," kata Hoo Chang Hook dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, pemandu bas bersama 23 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TETITIA YUSOFF