fb fb fb fb fb

Lelaki lemas, rakan masih hilang di Lata Hammer

(Mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22 dibawa keluar anggota penyelamat/FOTO FB JBPM PAHANG)

KUANTAN, 28 Mac- Seorang lelaki ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang semasa mandi di kawasan air terjun Lata Hammer di Bentong, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam Ahad.

Sementara mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor. 

(Operasi turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)/FOTO FB JBPM PAHANG)

"Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas. 

"Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa akan bersambung hari ini ekoran cuaca sudah gelap pada sebelah malam," katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi turut disertai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-BERNAMA

Media Baharu