ROMPIN, 27 Januari- Mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh ke dalam sungai berdekatan Jeti Sungai Puteri Kuala Rompin, Rompin ketika melakukan ujian bot Sabtu lalu, telah ditemukan.
Pencarian yang memasuki hari ketiga menemukan mayat Syed Khalid Syed Ahmad Munshee, 50 tahun pada pukul 11.45 pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, mayat mangsa ditemui terdampar di beting pasir kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.
Mayat lelaki itu ditemui oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.