fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam kereta di Batu Kawan

Foto JBPM Pulau Pinang

BATU KAWAN, 23 Oktober- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan rehat berdekatan Tol Bandar Cassia, Batu Kawan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Francis Sagun berkata pihaknya menerima panggilan dari pihak polis pada pukul 4.10 petang, makluman berhubung terdapat seorang mangsa yang tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bergegas ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

Anggota bomba terpaksa membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas.

Pemeriksaan lanjut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.18 petang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM