fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan mati dalam kenderaan

(Foto APM Sarawak)

BETONG, 16 April- Seorang lelaki berusia 57 tahun ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan berhampiran kilang kelapa sawit di Jalan Tisak, di sini.

Jelas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Betong, pihaknya sebelum itu telah dihubungi orang awam mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri terperangkap dalam sebuah kenderaan.

"Pintu kenderaan tersebut tidak dapat dibuka kerana berkunci.

"Pasukan APM bertindak mencungkil pintu kenderaan terbabit.

"Pemeriksaan mendapati mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan sudah tidak bernadi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Mayat mangsa kemudiannya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto APM Sarawak)

Media Baharu