fb fb fb fb fb

ERL namakan semula Stesen KLIA, KLIA2 kepada KLIA T1, KLIA T2

(FOTO klia2.info)

KUALA LUMPUR, 16 April - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menamakan semula Stesen KLIA dan KLIA2 masing-masing kepada KLIA T1 dan KLIA T2.

ECRL dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu seiring penjenamaan semula kedua-dua terminal KLIA tersebut Februari lalu.

Pertukaran nama stesen akan turut mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengembara udara dan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Proses pertukaran merangkumi aset fizikal, audio dan digital di semua stesen dan kereta api dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai Julai ini.


(Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) menamakan semula Stesen KLIA dan KLIA2 masing-masing
kepada KLIA T1 dan KLIA T2)

Sementara itu ERL menjangkakan, jumlah penumpangnya pulih dan mencecah 85 peratus daripada paras sebelum COVID-19 menjelang akhir tahun 2023.

Syarikat akan terus menumpukan pada inisiatif penambahbaikan perkhidmatan dan kerjasama dengan rakan kongsi strategik pada masa akan datang.

Sehingga kini, ERL telah membawa lebih 113 juta penumpang sejak perkhidmatannya dilancarkan 21 tahun lalu.

Media Baharu