fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Lorong kecemasan Senai ke Kulai dibuka dua hala

(Foto Ain Najihah Ahmad Mazlan)

JOHOR BAHRU, 16 April- Lorong kecemasan dari kawasan Senai ke Kulai, Johor akan dibuka dua hala mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan semasa Aidilfitri ini.

Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata ia dibuka dua hari sebelum dan selepas 1 syawal.

Pembukaan lorong kecemasan dari Kilometer (KM)19 hingga KM 27 bertujuan melancarkan perjalanan di kawasan tersebut.

"Semua agensi yang terlibat sedia maklum bahawa lorong itu dibuka dari Senai ke Kulai disebabkan berlaku kesesakan setiap tahun di kawasan ini. Kawasan ini juga paling sesak setiap kali musim Aidilfitri," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, bagi Lebuhraya Senai - Desaru (SDE), pihak SDE sedang mengkaji penggunaan lorong kecemasan supaya boleh digunakan untuk kenderaan ringan.  


(Foto Ain Najihah Ahmad Mazlan)

Media Baharu