fb fb fb fb fb

Lelaki ditemukan lemas di Sungai Perak

mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian tersangkut di dahan pokok berhampiran sungai

LENGGONG, 25 Oktober - Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Sapi, di sini.

Orang awam menemukan mangsa Saiful Azhar Mohd Azhari, 27 tahun tersangkut pada batang kayu di tepi sungai sekitar pukul 8.15 pagi.

Difahamkan anak sulung daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang selepas dia keluar dari rumahnya di Kampung Gelok pada pukul 11.40 pagi, kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, sepasukan lapan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Hasil maklumat orang awam mangsa ditemukan dalam keadaan berpakaian tersangkut di dahan pokok berhampiran sungai berkenaan.

"Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF