fb fb fb fb fb

Lebih 6,500 kemalangan di tempat kerja dilapor

Fadillah ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO), di sini

SHAH ALAM, 25 Oktober - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melaporkan sebanyak 6,719 kemalangan di tempat kerja bagi seluruh negara, sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berikutan itu wujud keperluan mendesak berkait soal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terutamanya bagi industri berskala kecil dan sederhana.

Dalam ucapannya, beliau menyeru semua pihak berkaitan termasuk majikan, pekerja, dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan bebas bahaya.

"Adalah menjadi harapan besar saya agar bersama-sama, kita dapat mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat dimana pekerja boleh bekerja dengan yakin dan selesa. Dengan meningkatkan kesedaran, mengukuhkan perlindungan, dan mengamalkan amalan terbaik, saya yakin kita boleh mencegah kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan yang tidak diingini di tempat kerja," kata Fadillah kepada media selepas Majlis Penutup Persidangan Pertubuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik (APOSHO), di sini.

Dalam laporan itu juga sebayak 2.22% pekerja bagi setiap 1,000 orang terlibat kecederaan pekerjaan manakaka 2.06% pekerja bagi setiap 10,000 terlibat kemalangan maut ketika melakukan pekerjaan.

TETITIA YUSOFF