fb fb fb fb fb

Lelaki didenda RM20,000 kerana seleweng 11,000 liter diesel

Foto RTM

BUTTERWORTH, 4 Oktober – Seorang lelaki berdepan hukuman denda RM20,000 oleh Mahkamah Seksyen Jenayah Butterworth selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeleweng diesel.

Tertuduh, Faidzul Saidi @ Eddie, 41, didakwa menyeleweng sebanyak 11,000 liter minyak diesel di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Batu Kawan, Simpang Ampat pada 25 Mei 2023.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 (Pindaan 2021).

Hukuman dijatuhkan oleh Hakim Roslan Hamid selepas tertuduh mengaku bersalah.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, Alsad Nasrullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD