fb fb fb fb fb

Lelaki 48 tahun maut, kereta dipandu rempuh sebatang pokok

(Anggota Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas yang terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan)

PONTIAN, 14 Mac - Seorang lelaki, 48, maut selepas kereta dipandunya merempuh sebatang pokok.

Kejadian berlaku di Kilometer 51.2, Jalan Johor Bahru - Batu Pahat, Pekan Nenas, di sini, 2.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohamad Shofee Tayib berkata, ketika kejadian, mangsa memandu dari Johor Bahru, menghala ke Pontian.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan, sebelum terbabas ke bahu jalan dan melanggar pokok.

(Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 51.2, Jalan Johor Bahru - Batu Pahat, Pekan Nenas, di sini, 2.30 pagi tadi)

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dikeluarkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas.

Dia disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas kesihatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu