fb fb fb fb fb

SPKLB Re-Start sudah bantu lebih 580 usahawan selepas hampir 6 bulan diperkenalkan

(Fail foto)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Sebanyak 586 usahawan wanita berjaya dibantu setakat ini menerusi Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar atau SPKLB Re-Start yang dimulakan sejak September tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata daripada jumlah itu 319 usahawan atau 76% merupakan usahawan wanita luar bandar melibatkan nilai geran sebanyak RM2.97 juta.

Tambahnya, program itu menyediakan geran bantuan bernilai RM3,000 ke RM5,000 bagi membantu menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan juga membantu usahawan memulakan semula perniagaan yang terkesan akibat pendemik COVID-19.

"Bagi tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak RM15.3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM4.3 juta dari tahun sebelumnya, KPLB dan juga agensi telah merencanakan beberapa program secara menyeluruh bagi membantu usahawan meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka. Program-program tersebut termasuklah Program Rural Bussiness Challenge 2.0 (RBC 2.0), Program Usahawan Bergerak, Rural Bussiness Outlet, Program SPKLB, dan juga Program
Outreach Usahawan @ KPLB."


(Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad ketika menjawab soalan dibangkitan dalam sesi soal jawab lisan hari ini)

Abdul Rahman menyatakan perkara itu ketika menjawab pertanyaan ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya pihak kementerian turut menyediakan Program DesaMall@KPLB bagi membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang sedia ada dengan pantas dan mudah.

Menerusi program itu, seramai 2,404 atau bersamaan 80.5% usahawan wanita luar bandar telah mendapat manfaat.

Media Baharu