fb fb fb fb fb

Lelaki 34 tahun maut, kemalangan kereta dan motosikal

Foto RTM

MIRI, 21 Ogos - Seorang lelaki berusia 34 tahun maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di simpang masuk Jalan Cahaya, di sini, lewat malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa yang menunggang motosikal yang dikenali sebagai Andy Malcome Anak Atar, didapati tersepit di bawah kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.26 malam dan tiba di lokasi empat minit kemudian dengan kekuatan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 10.55 malam.

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE