fb fb fb fb fb

Lebih RM500,000 dibelanjakan KKMM bagi membantu penduduk terjejas banjir seluruh negara


JELI, 3 Januari - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) membelanjakan lebih setengah juta ringgit peruntukan bagi membantu penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata bantuan itu melibatkan 10 lokasi terjejas banjir antaranya di Janda Baik, Lancang, Mentakab, Temerloh, Tandom Hill, Bukit Changgang dan Taman Sri Muda, Shah Alam.

"Pengagihan kotak kasih di bawah siri Jelajah Sukarelawan KKMM dan NGO ini bertujuan meringankan beban ditanggung penduduk terlibat", kata Annuar kepada media.

Selain itu, Program Bantu Hingga Selesai KKMM juga telah banyak membantu pihak berkuasa tempatan di negeri-negeri terjejas banjir.

Hari ini, Annuar menyampaikan kotak kasih dan bantuan rumah prihatin kepada penduduk terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, disini.

 

Media Baharu