fb fb fb fb fb

Lebih RM50 juta diperuntuk baik pulih jalan rosak akibat banjir

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

JELI, 6 Januari - Lebih RM50 juta diperuntukan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk kerja-kerja baik pulih jalan runtuh dan rosak di negeri yang terjejas banjir.
 
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan kos tersebut melibatkan 81 projek di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.

Beliau berkata Kelantan merekodkan nilai kerosakan tertinggi membabitkan kos keseluruhan RM10.6 juta.

Katanya, kesemua projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitiri, April depan.

"Saya arahkan supaya kita buat dengan garis masa yang sepatutnya, maknanya dengan segera. Ini masalah rakyat dan perhubungan kita tidak boleh lewatkan, sebab itu mereka seharusnya meningkatkan petunjuk prestasi utama, saya tidak mahu dengar aduan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kemajuan projek baik pulih kesan runtuhan tanah di laluan Dabong-Jeli, di Kampung Kubur Datu, di sini.

Mengulas mengenai laluan Dabong-Jeli yang runtuh Isnin lalu, Alexander berkata pembinaan jalan kekal itu dijangka akan siap sebelum Aidilfitiri dengan kos sebanyak RM700,000.

Pembinaan jalan kekal bagi laluan Dabong-Jeli yang runtuh Isnin lalu juga, dijangka akan siap sebelum Aidilfitiri dengan kos sebanyak 700 ribu ringgit.
 
"Buat sementara waktu, laluan berkenaan akan dihubungkan dengan jambatan bailey yang akan siap Rabu depan," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN