fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Tiada PPS dibuka di sekolah menengah di empat daerah terjejas

FOTO HIASAN

JOHOR BAHRU, 6 Januari- Tiada pusat pemindahan sementara, PPS melibatkan sekolah menengah dibuka di empat daerah terjejas banjir di Johor setakat ini.

Sebaliknya, hanya sembilan sekolah rendah sahaja termasuk satu sekolah rendah agama di Kota Tinggi yang dijadikan PPS.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh berkata, ia melibatkan 32 ruang antaranya, bilik darjah, surau dan dewan melibatkan 1,46 penduduk terjejas termasuk 235 murid sekolah.

Seramai 48,276 calon akan menduduki Sijil pelajaran Malaysia, SPM di Johor bermula 8 Januari hingga 7 Mac ini.

Ia melibatkan 364 pusat peperiksaan.

Manakala seramai 8,831 pelajar akan menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, STPM di Johor yang dijadual berlangsung dari 22 januari hingga 6 Februari.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE