fb fb fb fb fb

Lebih RM125 juta BWI sudah diagih ke negeri terjejas banjir-PM

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Lebih RM125 juta telah disalurkan kepada negeri-negeri terjejas banjir bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bermula 29 Disember sehingga 19 Januari 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata untuk gelombang pertama pengagihan kepada individu terjejas yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lapan negeri sudah mencapai 97.3 peratus.

Manakala bagi penduduk yang tidak berpindah ke PPS, pengagihannya mencapai kadar 50.8 peratus.

Manakala bagi pengagihan BWI gelombang kedua mencapai 57.3 peratus.

"Bantuan pembelian keperluan asas, NADMA telah menyalurkan RM25 juta kepada ICU menggunakan tabung KWABBN bagi tujuan pengagihan
bantuan ini kepada KIR yang layak.

"Bantuan ini telah mula diberikan sejak 8 januari 2022. Peruntukan tambahan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan semasa," katanya ketika memberikan penerangan berhubung Bantuan Bencana Banjir pada Mesyuarat Khas Parlimen di Dewan Rakyat.

Tambahnya, secara keseluruhan kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM1.4 bilion secara terus kepada individu terjejas banjir.

Antaranya, bantuan membina dan membaik pulih rumah, baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat bil elektrik, kemudahan pinjaman bantuan bencana untuk PMKS dan moratorium pinjaman mangsa banjir.

Media Baharu