fb fb fb fb fb

Lebih ramai usahawan mohon sijil halal

SEREMBAN, 6 Julai- Permintaan tinggi terhadap produk halal di pasaran tempatan dan luar negara mendorong usahawan terutamanya pengusaha produk makanan memohon untuk mendapatkan sijil halal.

Malah, ramai usahawan dalam kalangan bukan Islam juga mendapatkan pensijilan halal bagi produk keluaran mereka.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS), Datuk Mohd Zaidi Ramli, nisbah 20% jurang antara pengusaha Islam dan bukan Islam yang telah mendapatkan sijil halal membuka mata pihaknya untuk meluaskan pendidikan tentang kepentingan dan manfaat mempunyai sijil halal terutamanya kepada pengusaha muslim. 

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS),
Datuk Mohd Zaidi Ramli

Beliau ditemui pada majlis penyerahan pensijilan halal kepada pengusaha kedai bakeri di Seremban Dua.

Media Baharu