fb fb fb fb fb

Lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang bakal sokong Anwar- Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 9 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjangka lebih ramai Ahli Parlimen pembangkang, khususnya daripada BERSATU akan beralih sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional, menyifatkan sokongan yang ditunjukkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri itu disifatkan sebagai tindakan positif dan perlu dilihat dengan sangkaan baik.

"Kita berpandangan bukan hanya empat orang ahli Parlimen, bahkan mungkin lebih daripada itu yang akan memberi dukungan kepada Perdana Menteri.

"Kita mesti bersangka baik dalam dukungan yang diberikan", kata Ahmad Zahid yang ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Ahli Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran dan Majlis Menandatangani MOU Program Malaysia-China Youth TVET Training di Parlimen.

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan perlu bersedia berdepan realiti politik baharu itu susulan perkembangan berkenaan.

Ahmad Zahid mengulas tindakan empat Ahli Parlimen BERSATU iaitu, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar dan Labuan yang mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD