KUALA LUMPUR, 9 November-Dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, TVET negara sedang dirangka dan dijangka akan dilancar pada Februari tahun hadapan.
Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi polisi itu penting bagi memperkasa institusi itu sekaligus mempertingkat kebolehpasaran graduan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara memaklumkan ketika ini sekretariat TVET negara yang terdiri daripada 10 pakar dalam pelbagai bidang kemahiran sedang merangka dasar berkenaan untuk dibentangkan ke Kabinet bagi mendapat pandangan dan kelulusan.
"Saya sangat serius dalam usaha memartabatkan pendidikan TVET dan akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk menterjemahkan matlamat menjadikan lepasan TVET sebagai pilihan utama majikan untuk mendapatkan pekerja mahir.
"Dasar ini kelak akan mencakupi pelbagai perkara termasuk soal gaji dengan antara perkara yang menjadi tumpuan adalah soal gaji minima iaitu lepasan TVET mestilah di atas paras RM3,000 sebulan", katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Ahli Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran dan Majlis Menandatangani MOU Program Malaysia-China Youth TVET Training di Parlimen