fb fb fb fb fb

Lebih 97,000 peminjam aktif MARA disenarai hitam

Lebih 97,000 peminjam aktif MARA, yang merangkumi 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 197,348, telah disenarai hitam / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Lebih 97,000 peminjam aktif MARA, yang merangkumi 49 peratus daripada jumlah keseluruhan 197,348, telah disenarai hitam.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata langkah itu diambil sebagai usaha untuk memperkukuh pembayaran pinjaman MARA.

“Senarai hitam ini dikenakan kepada peminjam yang tidak dapat membayar dalam tempoh tiga bulan. Namun, senarai hitam ini hanya dalam ekosistem MARA sahaja dan tidak melibatkan agensi lain,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, di Dewan Rakyat, di sini.

Beliau turut memaklumkan, setakat 23 September, sebanyak 96,857 pelajar sedang menerima kemudahan tajaan pinjaman pelajaran MARA.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN