fb fb fb fb fb

Jenazah Sarjan Faridah diterbangkan ke Kedah

Semalam, jenazah tiba ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.50 malam. 

SUBANG, 25 Mei- Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman selesai disembahyangkan di Masjid Al-Muhajirin, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi tadi. 

Solat jenazah berkenaan dipimpin Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujai dan turut disertai Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom.

Lebih 800 pegawai dan anggota TUDM hadir bagi solat jenazah dan disusuli majlis penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan kepada Allahyarham.

Jenazah kemudian diterbangkan dari Pangkalan Udara Subang ke kampung halamannya di Kedah bagi urusan pengebumian.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.50 malam tadi.

Pada 19 Mei lepas, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah meninggal dunia pada pukul 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia apabila rebah selepas turun daripada bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.

Artikel Berkaitan:
Sarjan Faridah akan dikebumikan di Kampung Tengah, Tualang Pokok Sena

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM