fb fb fb fb fb

Lebih 800 bazar Ramadan diperiksa JKN Melaka

PERINGGIT, 31 Mac - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah membuat pemeriksaan di lebih 800 premis makanan di tapak bazar Ramadan seluruh negeri itu bermula 23 hingga 29 Mac lalu.

Turut diperiksa 14 premis kilang membabitkan kilang ais, kilang mi serta kilang memproses ayam dan daging.

Pengarahnya, Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman berkata hasil daripada pemeriksaan 14 premis kilang tersebut sebanyak enam kompaun dikeluarkan bernilai RM3,250 terhadap enam kilang atas kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

(Pengarah JKN Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman)

Manakala di bazar Ramadan pula, setakat ini pihak JKN Melaka hanya memberi teguran kepada peniaga yang melanggar peraturan.

Namun katanya, jika terdapat peniaga yang masih berdegil JKN akan mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan kompaun.

"Bulan Ramadan kita masih belum keluarkan apa-apa kompaun kepada bazar Ramadan sebab kita merasakan bahawa mereka dalam keadaan susah sekarang ini.

"Namun begitu selepas ini selepas daripada kita buat kenyataan tentang perkara-perkara yang perlu ditekankan, maka kita akan mula lebih tegas dan akan mengeluarkan kompaun kepada mereka yang ingkar kepada arahan yang kita telah nasihat dan telah kita keluarkan," katanya.

Tambah Dr. Rusdi, antara kesalahan dikesan di bazar ramadan termasuklah peniaga tidak memakai apron dan penutup kepala tidak menutup makanan, kuku panjang selain memakai aksesori ketika mengendalikan makanan.

Media Baharu