fb fb fb fb fb

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib semak kes SRC

PUTRAJAYA, 31 MAC - Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapatkan kebenaran menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Oleh itu, Datuk Seri Najib, 69 tahun, akan kekal di Penjara Kajang dengan pilihan terakhirnya adalah mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Dalam keputusan majoriti 4-1 pagi tadi, keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, disokong Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Sementara, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli menentang keputusan tersebut.

(Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Istana Kehakiman bagi mengikuti keputusan permohonan
Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd / Foto BERNAMA)

Terdahulu, Datuk Seri Najib memfailkan permohonan mendapatkan semakan pada 6 September lalu, selepas tidak berpuas hati dengan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Permohonan semakan difailkan atas alasan tidak mendapat perbicaraan adil serta berlaku konflik kepentingan membabitkan Tun Tengku Maimun.

Media Baharu