fb fb fb fb fb

Lebih 600 PoP hab rangkaian gentian optik untuk kawasan luar bandar Johor

JOHOR, 26 Julai- Lebih 600 titik kehadiran atau 'Point of Presence' (PoP) hab rangkaian gentian optik akan disediakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia di kawasan luar bandar Johor, dengan kos pembinaan, RM525.3 juta.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman Facebooknya berkata, fasa 1 pemasangan bermula tahun ini, dengan tumpuan kepada 50 kawasan berhampiran sekolah dan lima kawasan perindustrian.

Fasa 2 pula melibatkan pemasangan 568 PoP yang diperluas ke seluruh negeri.

"Perbincangan mengenai hal-hal liputan komunikasi dan internet negeri sudah dibuat bersama menterinya, Tan Sri Annuar Musa.

"Penyediaan PoP itu berupaya meningkatkan jaringan dan liputan infrasturktur jalur lebar di kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk, termasuk kebolehcapaian 4G yang memberangsangkan," kata Onn Hafiz.

"Capaian internet meluas diharap dapat membantu mengembangkan ekonomi luar Bandar, malah penting untuk membolehkan bahan pembelajaran dimuat turun bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah.

(Lebih 600 POP hab rangkaian gentian optik untuk kawasan luar bandar Johor)

"Perbincangan mengenai perkhidmatan 5G turut diadakan kedua-dua pihak," tambah beliau.

Media Baharu