fb fb fb fb fb

RM7.47 juta, peruntukan buat penduduk terjejas banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 26 Julai- Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 akan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir di Terengganu membabitkan peruntukan lebih RM7.47 juta.

Jumlah itu akan diagihkan kepada 7,471 Ketua Isi Rumah (KIR) yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanfiah Mat berkata, bantuan tersebut disalurkan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Nadma.

Ia akan diberi kepada kesemua KIR yang berdaftar dengan PPS dan akan diserahkan pada awal bulan depan.

Daerah paling ramai melibatkan daerah Kemaman iaitu seramai 4,795 KIR. Diikuti daerah Kuala Terengganu seribu 506 KIR, Kuala Nerus 636 KIR dan selebihnya di Hulu Terengganu, Dungun, Setiu dan Besut.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan lain, agihan bantuan kewangan menerusi Tabung Darul Iman telah merekodkan lebih RM14.27 juta yang memberi manfaat kepada 16,878 penerima sejak tahun 2020 hingga Jun tahun ini.

Tabung tersebut diwujudkan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan seperti pesakit kronik, bantuan perubatan dan bencana alam.

(Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga, dan
Perpaduan Nasional negeri, Hanfiah Mat)

Media Baharu