fb fb fb fb fb

Lebih 600 penerima Bakul MADANI di Langkawi pada September

Lebih 600 orang bakal menerima manfaat Program Bakul MADANI di Langkawi, bulan ini

LANGKAWI, 19 September - Lebih 600 orang bakal menerima manfaat Program Bakul MADANI di Langkawi, bulan ini.

Ia merupakan program berterusan yang diusahakan Kerajaan MADANI dalam mengurangkan beban golongan B40.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, sumbangan yang disampaikan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian bernilai RM200.00

"Siri-siri susulan yang kita telah turun banyak kali bagaimana kita boleh naikkan semula Pulau Langkawi ini dan ekonominya dan segi pelancongan sekurang-kurangnya dia dapat juga beri peluang pekerja dan sebagainya kepada penduduk Langkawi", katanya ditemui selepas Program Bakul MADANI Langkawi 2025 di Dewan Badminton Kuala Teriang, Langkawi.

Turut hadir Ketua Keadilan Langkawi, Ismail Wasi Ahmad Shafawi.

Seramai 60 orang menerima bantuan tersebut pada program tersebut. Selain itu, turut diadakan Ziarah Kasih di sekitar kawasan Kuala Teriang.

Program di Pulau Langkawi itu berlangsung selama tiga hari bermula Khamis hingga pada Sabtu ini.

ROSLINA BINTI DIN