fb fb fb fb fb

Lebih 50 peratus kenderaan masuk ke Melaka sempena Aidilfitri

MELAKA, 6 April - Menjelang sambutan Aidilfitri pada bulan depan, polis Melaka menjangkakan pertambahan 50 peratus daripada purata 45,000 kenderaan memasuki negeri itu di ketiga-tiga plaza tol.

Menurut Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah, pemantauan menerusi aliran trafik di laluan pintu masuk ke negeri itu juga menunjukkan peningkatan selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lalu.

Katanya, ia membabitkan 45, 203 kenderaan berbanding 31 Mac iaitu sebanyak 31, 145 kenderaan.

"Kita percaya kemasukan kenderaan terus meningkat sehingga Aidilfitri nanti berdasarkan kedudukan Melaka sebagai negeri tumpuan pelancong domestik dan antarabangsa di samping rakyat negara ini yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya dan bercuti,"katanya

(Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah mengedarkan bubur lambuk di Melaka/FOTO RTM)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Rumah dan Pengedaran Bubur Lambuk yang disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan.

Mengulas lanjut katanya, susulan fasa peralihan ke endemik, berlakunya pertambahan penugasan dalam kalangan anggota akan dilaksana khususnya di kawasan pelancongan.

Media Baharu