fb fb fb fb fb

ANGKASA minta orang ramai waspada kegiatan penipuan dalam talian

(Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah ketika ditemu bual Berita RTM)

KUALA LUMPUR, 6 April - Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap kegiatan penipuan dalam talian yang menggunakan nama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) atau mana-mana koperasi di bawahnya.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ini terutama melibatkan koperasi yang menawarkan produk pembiayaan dan potongan gaji menerusi ANGKASA.

Berdasarkan pemerhatian, kes berkaitan penipuan pembiayaan akan meningkat setiap kali menjelang sambutan perayaan.


(Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah menyampaikan pek juadah berbuka puasa kepada Pengarah Berita Ehwal Semasa,
Zuraida Mohammad Arif sempena program Coopcare Sepakat Ramadan ANGKASA) 

"Kalau mereka nak buat pinjaman, kena pergi berurusan terus ke koperasi berkenaan, jangan melalui orang tengah atau ejen, kerana kita tak pasti mereka ini betul-betul ejen atau orang tengah kerana banyak kes yang kembali balik kepada ANGKASA, mereka membuat aduan, orang tengah ini maknanya tidak betul, untuk makluman, ANGKASA tidak pernah melantik sesiapa," kata beliau yang ditemui Berita RTM selepas menyampaikan pek juadah berbuka puasa dan menyantuni petugas RTM sempena program Coopcare Sepakat Ramadan ANGKASA di Wisma Berita, Angkasapuri, di sini hari ini.

Jelas Abdul Fatah, mangsa yang terlibat disyorkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi tindakan selanjutnya.

ANGKASA juga turut menyalurkan maklumat berkaitan bagi membantu mangsa.

Media Baharu