ALOR SETAR, 6 April - Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri Kakitangan Awam Negeri Kedah sebanyak RM1,000.
Kelulusan itu turut melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan melibatkan peruntukan RM5.35 juta.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataannya berkata mesyuarat exco juga meluluskan bantuan khas hari raya kepada pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri.
Ia melibatkan 2,050 orang penerima dengan peruntukan RM305,750. Bantuan itu akan disalurkan melalui Pusat Khidmat ADUN masing-masing.
(Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)