fb fb fb fb fb

Lebih 5,000 jemaah solat Jumaat bersama PM

KUCHING, 20 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai lebih 5,000 jemaah dalam solat Jumaat tengah hari tadi di Masjid Jamek, Petra Jaya, disini.

Beliau tiba di perkarangan masjid sekitar pukul 12.50 tengah hari tadi dan disambut beberapa pemimpin Islam negeri itu termasuk, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar, selain diiringi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut sama dalam solat tersebut, Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datuk Kipli Yassin dan pembesar-pembesar negeri.

Khutbah Jumaat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ustaz Khalidi Ibrahim yang membicarakan perpaduan sesama manusia dan selepas itu mengimamkan solat.

Selepas solat Anwar turut mengambil kesempatan bersalaman dengan orang ramai sebelum beredar ke program berikutnya.

(Anwar Ibrahim (tengah) di Masjid Jamek Kuching hari ini, turut sama
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg/BERNAMA)

Media Baharu