fb fb fb fb fb

E-gate di CIQ BSI dan KSAB Johor dibuka untuk warga Singapura mulai hari ini

(Datuk Seri Saifuddin Nasution melawat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ)
Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru pagi tadi / FOTO FB Saifuddin Nasution Ismail)

JOHOR BAHRU, 20 Januari- Penggunaan e-gate di kedua-dua pintu masuk negara ini melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, CIQ Bangunan Sultan Iskandar, BSI Johor dan Kompleks Sultan Abu bakar, KSAB kepada warga Singapura dibuka hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia memberi manfaat kepada 50,000 rakyat Singapura yang berulak-alik ke Johor bagi tujuan sosial.

Usaha baharu itu antara penyelesaian jangka pendek bagi melancarkan aliran trafik di KSAB dan BSI.

"Saya yakin dengan 16 laluan e-gate yg membolehkan digunakan sudah pasti ianya turut menyumbang kepada melegakan kesesakan tentang percentage terlalu awal jangkakan saya akan monitor data masuk sebab laluan ni laluan masuk lebih 200 ribu pengembara setiap masa,"katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan Agensi Tunggal Sempadan (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara kini dalam peringkat akhir penubuhan.

Beliau berkata inisiatif SBA yang dirancang sejak 2018 bagi menggantikan lebih 20 agensi penguat kuasa itu akan mengambil contoh agensi sempadan di negara antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan New Zealand.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI).


(Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar)

Media Baharu