fb fb fb fb fb

Lebih 49,000 penduduk terjejas banjir di Johor

JOHOR BAHRU, 5 Mac- Penduduk terjejas banjir di Johor meningkat kepada 49,450 orang daripada 14,233 keluarga.

Penduduk terjejas ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh daerah, setakat 4.00 petang.

Menerusi statistik yang disediakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Batu Pahat mencatatkan 18,485 penduduk terjejas, manakala Segamat 13,513 orang, diikuti Kluang sebanyak 5,279 orang.


(Penduduk terjejas banjir ditempatkan di 264 PPS di seluruh daerah, setakat 4.00 petang)

PPS paling ramai menempatkan penduduk terjejas, ialah PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Segamat, 2,437 orang , diikuti Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, 2,537.

Sementara itu, aras air di 20 sungai di tujuh daerah, berada pada aras bahaya.

Beberapa laluan pula masih ditutup kepada semua kenderaan, antaranya Jalan Johor Bahru - Seremban, Jalan Kota Tinggi - Kluang, dan Jalan Jemaluang Batu Pahat.

 

Media Baharu