fb fb fb fb fb

Lebih 4,000 anggota bomba siap siaga hadapi kemungkinan kesan angin baratan

SEBERANG JAYA, 3 Julai - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kesan daripada angin baratan yang sedang berlaku hingga 5 Julai ini.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Datuk Ahmad Izram Osman berkata, pemantauan data dan fizikal telah dibuat serta kesiapsiagaan anggota dan logistik.

Beliau berkata seramai 4,169 anggota diarah bersiap sedia di kawasan Utara meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta di Terengganu dan Kelantan.

"Memang kita memberi atau membuat pemantauan di kawasan-kawasan yang kita sifatkan sebagai kawasan panas berlakunya kes kecemasan terutama yang melibatkan laut dan air sungai tasik, memang kita memberi nasihat dan balai-balai yang terdekat pun yang berada bawah kawasan panas.

"Balai berkenaan mereka akan maklumbalas ke tempat-tempat tersebut untuk memberi nasihat supaya tidak melakukan aktiviti riadah yang melibatkan mandi manda di sungai, di laut sebagainya," kata Ahmad Izram kepada media selepas mesyuarat Angin Baratan, di sini.

(Datuk Ahmad Izram Osman)

Menerusi data Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kawasan yang dijangka mengalami angin baratan ini berpotensi dilanda rebut petir beserta hujan lebat dan angin kencang.   

Media Baharu