fb fb fb fb fb

Lebih 30 atlet, penggiat sukan Terengganu terima bayaran faedah Skim Bencana Kerja, Keilatan dan Penakat PERKESO

KUALA TERENGGANU, 17 Mei - Lebih 30 atlet dan penggiat sukan di Terengganu telah menerima bayaran faedah bawah Skim Bencana Kerja, Keilatan dan Penakat daripada PERKESO negeri.

Bayaran faedah itu meliputi kematian (diterima waris), sakit kritikal dan kecederaan ketika menghadapi perlawanan dan semasa menjalani latihan sukan.

Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Hussain berkata, bermula Januari hingga April tahun ini lebih RM300,000 diperuntukkan bagi kesemua penerima.

(Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Hussain/BERNAMA)

Setakat April tahun ini juga 6,000 penerima telah mendapat pelbagai faedah dengan peruntukan RM7 juta.

Mereka dibantu melalui Skuad Prihatin PERKESO.

"Jadi kita pun mengalu-alukan maklumat yang segera dapat diberi kepada pihak PERKESO sendiri supaya sebagaimana hari ini, kami dapat turun padang," kata Farihah selepas mengiringi Exco Belia Dan Sukan Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menyampaikan bantuan kepada Wan Rohani Wan Mustapha, balu kepada Allahyarham Yusof Ali.

Allahyarham Yusof, 56 tahun, yang merupakan bekas Penolong Jurulatih Skuad Belia Terengganu meninggal dunia 6 Mei lalu kerana penyakit asma.

Media Baharu