fb fb fb fb fb

Carilamat warga emas jatuh laut diperluas

KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) seorang kru bot nelayan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut selepas mencandat sotong semalam
memasuki hari kedua.

Maritim Terengganu memperluas sektor pencarian meliputi 20.28 batu nautika persegi dengan tertumpu di perairan Chendering, Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Ramli memaklumkan 117 anggota termasuk maritim, jabatan perikanan dan nelayan tempatan digerakkan dalam Carilamat tersebut.

Dalam kejadian semalam, mangsa, T Razali Wok, 74 tahun dipercayai terjatuh ke dalam laut semasa dalam perjalanan balik ke pangkalan.

Mangsa keluar mencandat sotong bersama tiga rakan termasuk tekong menggunakan bot Kelas A bernombor pendaftaran TFA 1643 yang berpangkalan di Chendering.

Kali terakhir mangsa dilihat berada di dalam bot semasa perjalanan pulang pada jarak empat batu nautika menghala ke jeti.


(Anggota maritim digerakkan dalam Carilamat tersebut)

Media Baharu