fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 peluang kerjaya bakal dibuka di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 20 Julai- Hampir 3,800 peluang pekerjaan termasuk pekerja berkemahiran tinggi mampu ditawarkan menerusi lima projek berskala besar di Terengganu.

Ia meliputi sektor perkilangan, perkhidmatan dan perindustrian.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman berkata ketika ini lima syarikat pelabur sudah bersetuju untuk memulakan operasinya dalam masa terdekat.

Kesemuanya meliputi pelaburan bernilai RM4 bilion.

Empat daripada projek tersebut di Kemaman dan satu di kawasan perindutsrian Hulu Terengganu.

"Ketika ini, proses penyediaan pelan dan laporan terperinci sedang diusahakan oleh pihak pelabur untuk tujuan kelulusan pelan, di samping proses penyediaan infrastruktur dan prasarana dengan pihak terlibat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sedang giat direncanakan untuk memenuhi keperluan pelabur di lokasi yang dipilih," kata Wan Adnan kepada pemberita RTM.

PMINT yang juga anak syarikat kerajaan Terengganu itu sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat pelabur dari dalam dan luar negara dengan menawarkan pajakan tanah industri di seluruh daerah.

Ketika ini terdapat 26 kawasan perindustrian di seluruh negeri.

Hampir 5,200 hektar tanah tersebut masih kosong dan sedia diberi pajakan kepada pelabur berminat.


(Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Wan Adnan Wan Derahman)

Media Baharu